Tuesday, June 2, 2009

Mak oh Mak

Jumaat minggu lepas, aku bawa mak ke IJN. Aku tiba awal sehari sementara mak dijemput adik. Sebaik saja tangan mak kusambut di tangga IJN, abah hulurkan 1 surat. Aku perhatikan nama yang tertera pada sampul surat. Dia ni lagi....bawak masalah betul. Surat claim bayaran yang ditujukan kepada orang tu dari pihak kolejnya. Kalau dia ada depan aku, mahu saja aku gumpal2 surat tu & campakkan ke mukanya. Aku sumbat surat tu dalam beg. Tak mahu buang masa, terus bawa mak jumpa doktor. Doktor beritahu, blood pressure mak tinggi menyebabkan jantungnya sedikit lemah. Kolesterol dan gula juga tinggi. Then, doktor tambah 4 jenis ubat lagi, menjadikannya 6 jenis ubat yang perlu mak makan. Risau? Tentulah risau, sebelum2 ni, ok aje. Tiba2 kali ni tak ok pulak. Ni semua gara2 orang tu juga. Buat mak aku termenung sorang2. Walaupun dia kata dia tak fikir dah, tapi aku tahu dia terkejut dengan berita yang diterima baru2 ini. Sudah tentulah sedikit sebanyak dia ada terfikir juga.

No comments: