Tuesday, June 2, 2009

Temuduga

Isnin baru2 ni aku pergi temuduga sebuah jabatan. Jawatan pembantu dan sambilan aje untuk 6 bulan. Tapi, punyalah ramai. Aku duduk di depan kaunter pendaftaran. Macam2 ragam yang dapat aku tengok. Yang duduk sebelah aku, katanya baru aje sampai. Tup2 terus dipanggil masuk. Kemudian duduk calon lain mengambil tempatnya tadi. Dia datang bersama seseorang yang kemudiannya diperkenalkan kepada pegawai di kaunter. Setelah nama ditulis, dia pun terus dipanggil masuk. Aku dan juga calon2 lain yang ramai2 dok menunggu ni, hanya berpandangan sesama sendiri. Semua faham2 sendiri dengan situasi yang berlaku itu. Sorang pulak lagi, datang bersama surat. Setelah diberikan surat kepada pegawai di kaunter, dia juga turut dipanggil masuk. Kami yang dah berjam2 tunggu ni, terpaksa terus menunggu. Turn aku dekat jam 12.00 tengah hari. Again, yang ada cable gak diberi priority....huhu

No comments: