Friday, June 26, 2009

MJ


LOS ANGELES – Michael Jackson, the "King of Pop" who once moonwalked above the music world, died Thursday as he prepared for a comeback bid to vanquish nightmare years of sexual scandal and financial calamity. He was 50.

Jackson died at UCLA Medical Center after being stricken at his rented home in Holmby Hills. Paramedics tried to resuscitate him at his home for nearly three-quarters of an hour, then rushed him to the hospital, where doctors continued to work on him.

"It is believed he suffered cardiac arrest in his home. However, the cause of his death is unknown until results of the autopsy are known," his brother Jermaine said. Police said they were investigating, standard procedure in high-profile cases.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage....src:Yahoo news.
p/s : Terkejutlah juga dengar berita ni. Minat masa zaman Jackson 5 dulu & sebelum dia extremely makeover muka dia.

Thursday, June 25, 2009

Kerja Baru

Semalam, aku mendapat tawaran sebagai Fasilitator Schoolnet (FS) di sekolah. Sekolah yang ditawarkan SK Bebar, Pekan (aku tak tahu kat mana tempat ni). Lapor diri Ahad 28 Jun 2009 (time is running out. Macam tak sempat aje nak prepare apa2) nanti dan terus ke latihan selama 5 hari. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanyalah di bawah Skim Khidmat Singkat (hopefully taklah singkat sangat), tapi aku bersyukur sangat2.

Anyway, jangan tanya aku Schoolnet tu apa sebab aku pun tak tau...hehe. Sekarang baru nak cari maklumat. Sekolah tu pun aku tak survey lagi kat mana tempatnya. Kata member aku, sekolah tu kat ulu, sejam lebih dari Kuantan. Nak kena pindah ke aku ni? Aduh. Macam mana ya? Wish me luck....

Transformers 2

Malam rabu hari tu (ladies nite) aku dengan housemate pergi tengok Transformers. Booking Isnin lagi dah, itupun dapat seat hujung sekali. Tak puas hati betul. Ada alasan nak tengok lagi sekali ni...hehe.
Aku suggest pi tengok cerita ni. Best...lots of jets, machines, robots & lawaks...hahaha...memang kelakar. Banyak juga part yang kelakar tu. Antaranya Bumblebee menangis. Robot pun ada perasaan...hehe. CT, tak teringin nak tengok ke? Lepas tengok kucing boleh ler tengok autobots pulak ye...

Tapi, dalam aku & semua orang dok gelak2 tu, boleh pulak si housemate aku layan hp & tidur. Pelik aku, macam orang tak ada perasaan pulak. Hmm, mungkin dia tak minat cerita macam ni kot. Tapi kenapa ikut eh? Musykil...musykil...

Monday, June 22, 2009

Genting Highlands

15, 16 dan 17 June 2009, aku mengekor Chik ke Genting Highlands. Memandangkan aku masih lagi berstatus penganggur, pelawaan Chik aku terima. Lagipun aku dengan Chik memang banyak cerita nak dibualkan. Jadi, inilah peluang yang ada untuk bersembang sepuas2nya...kan Chik? hehe. Cuaca masa kat sana memang sejuk gila. Kata budak yang bawak bot kat theme park, memang extraordinary sejuk sepanjang 3 hari tu, cuaca tak menentu.


Hotel warna warni tu tempat aku dengan Chik tidur a.k.a melepak sepanjang 3 hari. Bilik kita orang tingkat 15.

Ni gambar waktu pagi. Matahari baru nak menampakkan dirinya. Cantik, kan?

Semua ni gambar dari tingkat 15 First World Hotel. Anyway, thanks to Chik. Sambil2 release tension dengan outdoor theme park, aku boleh juga release dengan bertukar2 cerita dengan dia. Hmm, anyway...rasanya Chik dah pun berada di Bangkok. Enjoy your trip. Naik gajah tu nanti jangan jerit2. Gajah tak terpusing terbalik macam roller coaster...hehe

Tuesday, June 2, 2009

Stadium runtuh?

Semalam 1 negara tahu cerita stadium kat Terengganu runtuh. Mujur tak ada orang. Biasalah kat tempat kita ni, kalau terjadi satu2 bencana, pasti akan berjangkit2. Kalau kemalangan bas, seminggu tu, asyik kemalangan bas aje. Minggu lepas Jaya Supermarket (tahanlah sikit sebab bangunan tu dah memang nak diruntuhkan). Lepas tu stadium pulak (baru setahun???). Mesti ada yang tak kena. Ramai yang kata, banyak perkara yang tak telus semasa pembinaan stadium ni (dengar kat radio pagi tadi). Hmm, tak tahulah. Ada sorang ni bagi komen yang aku rasakan, agak synikal tapi ada kebenarannya. Katanya, buat malu aje. Kat negara kita ni, semua orang tahu, bangunan yang baru nak bina pernah runtuh, yang dah nak dirobohkan pun runtuh...yang baru setahun pun dah runtuh. Lepas ni, bangunan mana pulak nak runtuh? Hmm, tunggu dan lihat ajelah....

Seksyen 2, Shah Alam

Beberapa hari aku di Shah Alam, aku agak terkejut (macam batak jugak la) tengok perubahan tempat lepak a.k.a tempat makan aku dulu2 kat Seksyen 2 Shah Alam ni. Tempat yang dulunya agak kotor, sempit, berbau, banyak tikus gemuk2, dah cantik. Siap ada KFC lagi. Aku sempat singgah, cari ABC Special yang biasa aku & da geng minum dulu2. Jumpa pun...hehe. Sambil pekena ABC, aku perati sekeliling. Tak ada dah tikus2 gemuk berlari bawah meja macam dulu2. Memang selesa sangat.
Kengkawan, bila lagi kita nak lepak pekena ABC Seksyen 2 nih? hehe....

Temuduga

Isnin baru2 ni aku pergi temuduga sebuah jabatan. Jawatan pembantu dan sambilan aje untuk 6 bulan. Tapi, punyalah ramai. Aku duduk di depan kaunter pendaftaran. Macam2 ragam yang dapat aku tengok. Yang duduk sebelah aku, katanya baru aje sampai. Tup2 terus dipanggil masuk. Kemudian duduk calon lain mengambil tempatnya tadi. Dia datang bersama seseorang yang kemudiannya diperkenalkan kepada pegawai di kaunter. Setelah nama ditulis, dia pun terus dipanggil masuk. Aku dan juga calon2 lain yang ramai2 dok menunggu ni, hanya berpandangan sesama sendiri. Semua faham2 sendiri dengan situasi yang berlaku itu. Sorang pulak lagi, datang bersama surat. Setelah diberikan surat kepada pegawai di kaunter, dia juga turut dipanggil masuk. Kami yang dah berjam2 tunggu ni, terpaksa terus menunggu. Turn aku dekat jam 12.00 tengah hari. Again, yang ada cable gak diberi priority....huhu

Mak oh Mak

Jumaat minggu lepas, aku bawa mak ke IJN. Aku tiba awal sehari sementara mak dijemput adik. Sebaik saja tangan mak kusambut di tangga IJN, abah hulurkan 1 surat. Aku perhatikan nama yang tertera pada sampul surat. Dia ni lagi....bawak masalah betul. Surat claim bayaran yang ditujukan kepada orang tu dari pihak kolejnya. Kalau dia ada depan aku, mahu saja aku gumpal2 surat tu & campakkan ke mukanya. Aku sumbat surat tu dalam beg. Tak mahu buang masa, terus bawa mak jumpa doktor. Doktor beritahu, blood pressure mak tinggi menyebabkan jantungnya sedikit lemah. Kolesterol dan gula juga tinggi. Then, doktor tambah 4 jenis ubat lagi, menjadikannya 6 jenis ubat yang perlu mak makan. Risau? Tentulah risau, sebelum2 ni, ok aje. Tiba2 kali ni tak ok pulak. Ni semua gara2 orang tu juga. Buat mak aku termenung sorang2. Walaupun dia kata dia tak fikir dah, tapi aku tahu dia terkejut dengan berita yang diterima baru2 ini. Sudah tentulah sedikit sebanyak dia ada terfikir juga.