Pada 10 Zulhijjah, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha. InsyaAllah, aku sekeluarga akan mengerjakan ibadah korban di rumah orang tua aku pada hari Isnin nanti. Pada Khamis dan Jumaat pula, kami sekeluarga akan balik ke kampung mak dan abah aku di Marang, Terengganu. Hopefully Terengganu dah tak banjir dah masa tu. Perancangan nak ke Kenyir macam tak jadi je...huhu...sedihnya.
Aku bercuti panjang selama seminggu. Tapi seperti biasa, aktiviti aku sebagai driver keluarga pun bermula. Malam ni, aku naik bas ke Shah Alam sebab esoknya nak bawak balik akak aku dengan kereta. Hmm, entah bilalah dia berani drive sendiri balik ke kampung. Apapun, aku tak kisah sangat. Lagi suka sebenarnya...hehe
Akhir kata, Sama2 lah kita menghayati erti sebenar korban. Kenapa kita setiap tahun sambut korban, dan kenapa kita mesti berkorban. Korban yang bagaimana akan diterima dan yang akan ditolak. Semoga segala apa yang kita korbankan dengan niat yg ikhlas itu akan diterimaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment