Tuesday, January 20, 2009

1 am, 20 Jan 2009

Pukul 1am, aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi orang bagi salam beserta ketukan di pintu dapur. Oleh kerana bilik aku dekat dengan dapur, maka ketukan dan suara jelas kedengaran. Suara 2-3 orang lelaki bercakap sesama mereka. Dadaku berdegup kencang. Siapa mereka ini? Kenapa ketuk pintu dapur? Aku takut nak menjawab. Nak selak langsir pun aku takut. Aku mundar mandir dalam bilik.

Aku semakin terkejut bila tiba2 telefonku menjerit. Pantas aku menyambar. Oh, Aida rupanya. Housemate aku. Mungkin dia juga terdengar. Aku segera ke bilik Aida.

"Dengar tak?" Aku tanya Aida.

"Dengar". Aida berbisik.

"Kita call akak tuan rumah ye?" tanya Aida. Mujur tuan rumah dekat. Aku mengangguk.


Lepas talian dimatikan, Aida menggeleng. "Abang tak ada. Akak takut nak datang."

Ketika ini, ketukan semakin kuat. Kini mereka beralih ke depan, mengetuk pintu pagar pula. Kali ini suara perempuan pula memberi salam. Aku dan Aida berharap agar jiran sebelah mendengar. Tapi hampa. Tiba2 aku teringat nak menghubungi polis. Mujur aku save nombor balai di dalam handphone.

Dalam pada menunggu kedatangan polis, kedengaran orang2 tadi memanjat pagar. Kini mereka mengetuk2 pintu depan pula. Seketika kemudian, tingkap kaca bilik Aida. Derap tapak kaki mereka menunjukkan mereka mengelilingi rumah.

Aku dan Aida semakin takut. Polis pulak tak sampai2 lagi. Tak jumpa cari rumah. 3 kali dia call dan 3 kali jugalah diberikan direction.

Jam 2 lebih, suara2 itu telah tiada. Aku frust sebab polis tak sampai2 lagi. Aku nak juga tahu siapa orang2 tu.

Jam 2.30am baru polis sampai. Polis memeriksa sekeliling rumah. Terdapat kesan2 mereka memanjat pagar di bahagian tepi rumah.


Selepas selesai urusan dengan polis, aku dan Aida kembali ke bilik masing2. Tapi aku tak boleh tidur, sampailah ke Subuh.

Pagi semalam, aku bercerita dengan teman2. Berbagai andaian yang dibuat. Ada kata, pencegah maksiat. Ada yang kata, saudara orang yang tinggal sebelum aku. Ada yang kata, orang yang simpan dendam sama ada pada aku atau pun Aida.

Malam tadi, aku masih takut nak lelapkan mata. Dah standby nombor handphone polis tu.
Alhamdulillah, malam tadi tiada lagi gangguan. Lega, tapi rasa cuak tetap ada. Siapa mereka2 itu?

No comments: