LONDON: Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik. Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother's, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble. Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak.
Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka. Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana ................. seterusnya baca di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090323231428/Article/index_html
First of all, nak tanya. Anda suka tengok cerita Ugly Betty? Aku suka. She's cute in her own way.
Back to the topic. Aku nak komen la sikit tentang kajian yang dilakukan di London ni. Aku rasa, kajian ni juga boleh digunapakai di Malaysia. Mengikut pengalaman aku (tak banyak mana pun..hehe) dan juga pengalaman kawan-kawan aku, lelaki sebegini dah lama wujud kat negara kita ni. Patut ler kita ni tak ada orang lelaki yang nak ajak dating ye, kan girls. Tak menarik rupanya...hehe. Ada bestfriend aku cakap, lelaki yang macam ni biasanya dia pun kurang bijak juga. So, padan ler tu. Kata bestfriend aku lagi, inilah species lelaki2 hampeh. Tapi menurut kata kawan2 lelaki aku pulak, "ala, keluar suka2 memang nak cari yang cantik. Kalau nak buat isteri, kita orang carilah yang bijak." Hmm...
4 comments:
well.. terus terang menampakkan kebodohan wanita cantik itu sendiri... sanggup dipergunakan... sebab tu banyak clip-clip melampau.. akibat kebodohan wanita itu sendiri.. tapi saya cuma nak tahu.. di mana pula kedudukan wanita cantik dan bijak ? atau wanita hodoh dan bodoh ?
hmm, mungkin betul juga. kadang2 perempuan cantik mengambil kesempatan dari kelebihan yang dia ada ke jalan yang kurang sesuai.
wanita cantik dan bijak dan tentulah menjadi rebutan. tapi apakah nasib wanita hodoh dan bodoh (meminjam ayat nik) dalam masyarakat skrg ni?
yg hodoh jgn la jd bodoh. at least jd la pandai. blaja wajin2..
yg cantik x semestinya baik. kdg2 menyakitkan jiwa je..
kdg2 yg baik lg penting dr bijak. klu bijak tp jahat wat pa... silap2 bleh mati cepat, sakit jantung..
so, plg best, yg cantik dan baik. dpt yg bijak, kira bonus la. tp tlebih bijak nnti ssh nk control plak.
hehehe....
amboi, nak yg pakej lengkap aje....
Post a Comment