Sunday, March 29, 2009

Ibu & Bapa


Emak dan abah bergegas ke kedai untuk membeli keperluan untuk dimasak tengah hari ini. Kebiasaannya setelah selesai kursus haji setiap hari sabtu, mereka pergi makan dan terus balik ke rumah. Tak akan masak untuk hari itu dan makan malam hanyalah yang ringan2 saja. Tapi, disebabkan anak, menantu dan 2 cucunya nak balik, makanya dia hendak sediakan makanan untuk menyambut kepulangan anak menantu yang entah berapa lama tak balik menjenguknya.

Abah membeli ikan pari, sayur sawi dan kailan. Selesai solat zohor, si emak terus ke dapur. Biasanya selepas zohor, kedua orang tua itu baring2 dan berehat ataupun tidur.
Ikan pari dimasak gulai kari, sup sayur dan tak lupa telur dadar dicampur kelapa dan sedikit cili boh kesukaan cucu perempuannya. Nasi sepenuh2 periuk dimasaknya. Abah setia membantu apa yang patut. Mereka melakukan dengan penuh kasih sayang untuk anaknya sekeluarga.

Selepas sejam, semua hidangan telah siap tersedia. Barulah mereka baring2 dan berehat sambil berbual tentang keletah cucu2nya. Rindu sangat agaknya. Kelihatannya mereka tak sabar menanti kepulangan cucu2nya. Cuti sekolah baru ni pun anaknya tak bawak balik cucu2nya.

Setelah solat asar, anaknya belum sampai lagi. si emak, sekejap2 menjenguk ke depan apabila terdengar bunyi deruman kereta. Oh, bukan. Kejap lagi sampai kut, katanya di dalam hati. Dia duduk kembali. Hampir setengah jam berlalu, tak juga muncul2 orang yang dinanti.

‘Telefon dia orang, abah.’ Pinta si emak. Abahnya menghubungi. Lalu dijawab oleh cucu lelaki.
‘Balik ke tak ni?’ tanya si atuk pada cucu.
‘Ibu, atuk tanya balik ke tak?’ Dari jauh si abah dapat mendengar suara anaknya dengan jelas. ‘Tak balik.’
‘Atuk, ibu kata tak balik.’ Jawab si cucu.
‘Kenapa tak balik?’
‘Ayah balik lambat.’
‘Penat nenek masak.’ Ujar si atuk kecewa. Walaupun hakikatnya si emak lebih kecewa kala mendengar kata-kata si abah.
‘Nenek masak apa?’ tanya si cucu.
‘hmm, tak apalah…’ balas si atuk hampa.

Si abah memandang si emak. Hilang senyum di wajah mereka. ‘siapa nak makan banyak2 tu? Bla…bla…bla…’si emak mula menceceh meluahkan kekecewaannya pada abah. Sudahnya, semua makanan itu disedekahkan kepada jiran2.




Airmata Ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu


Kesimpulannya, sama2lah kita membahagiakan hati kedua orang tua kita. Jangan biarkan mereka kecewa dengan alasan remeh-temeh. Luangkanlah masa bersama mereka. Baliklah, luangkanlah masa bersama mereka walaupun hanya untuk seketika. Jangan biarkan mereka ternanti2 dan akhirnya mereka diberikan jawapan yang mengecewakan. Mereka hanya perlukan perhatian dan kasih sayang.


Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai. Tidak mampu untuk kita bayar. Penat lelah mereka membesarkan kita semua sememangnya amat aku hargai. Tidak ada yang lebih baik daripada kedua orang tua kita. Kasih sayang yang diberikan tanpa berbelah bagi sememangnya aku hargai. Aku sememangnya kagum dengan mereka. Tidak ada hero lain daripada kedua orang tua kita.

Sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak. Mereka tidak memaksa supaya segala pengorbanan mereka dihargai. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mengingati bahawa tidak ada lagi manusia lain di dunia ini yang benar-benar menabur jasa dalam hidupnya melainkan ibu bapa.Islam mengajar umatnya supaya mengenang budi, lebih-lebih lagi budi orang tua. Setiap anak diwajibkan berbakti kepada orang tuanya.

Berbakti atau berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya yang baik adalah perintah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud: “Sembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada (orang tua) ibu bapa.” (Surah an-Nisa, ayat 36)


Ayat itu, membuktikan betapa tingginya kedudukan ibu bapa yang diberikan oleh Islam. Kita disuruh menyembah Allah dan kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Sesungguhnya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.


Lihatlah betapa besarnya jasa kedua orang tua kita. Janganlah kita ambil mudah hal-hal yang melibatkan kedua orang tua kita. Jagalah mereka sementara kita masih boleh melihat mereka. Jangan di abaikan mereka. Janganlah malu dengan apa yang ada pada mereka. Banggalah jadi anak mereka. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Tanpa mereka kita tak jadi insan yang berguna sampai hari ini. Tanpa mereka siapalah kita. Itulah yang perlu kita tanamkan dalam hati kita. Sematkan di dalam hati ini supaya itu lah IBU dan BAPA yang kita sanjungi. Sama-sama kita ingat mengingatkan antara kita semua.

No comments: