Friday, July 17, 2009

Aku tak boleh jadi cikgu

Hari ni, sepupu aku mintak tolong aku jagakan kelas dia, murid tahun 4. At the 1st place aku rasa, ok...no problem. I can handle it. Kemudian, aku lukis kat whiteboard (aku memang tak reti melukis...) gambar sebuah komputer. Aku minta mereka lukis dalam buku kemudian isikan tempat kosong, hardware2 yang dah aku lukis tu. Bermula dari sinilah, aku rasa aku memang tak boleh jadi cikgu. Budak2 ni, tak buat apa yang aku suruh, tapi diaorang main kerusi (kerusi boleh turun naik & pusing2). Kemudian diaorang tanya, kalau siap boleh main komputer, cikgu? Aku jawab TAK BOLEH!.

Again, diaorang tak peduli apa aku cakap. Masalahnya diaorang anggap komputer ni mainan. Banyak komputer yg start button tenggelam. Kesian memang kesian. Tapi bila dah jadi macam ni, hilang juga kesabaran aku yang tak berapa nak sabar ni.

Selepas setengah jam, aku tanya sorang2, dah siap ke sebab dia orang semua dok main kerusi. Sorang budak lelaki cakap, tak buat, tak tahu buat. Aduhh, pening kepala aku. Budak perempuan pandai sikit, ada poster kat dalam lab ni, diaorang tiru aje kat situ. Aku cakap, buat cepat, nanti cikgu (cikgu?hehe) nak tengok. Nak lagi best, ada yang main kejar2 dalam lab. Then sorok tudung budak perempuan. Bila aku tanya siapa ambil? Ditunjukkan kepadaku seorang budak lelaki (yang tak tahu buat tadi). Aku tanya lagi, siapa ketua kelas, nak suruh dia bagitahu cikgu Nurul (sepupu aku). Nak tahu siapa ketua kelas? Hmm, budak yang tak tahu buat & sorok tudung budak perempuan tadilah ketua kelasnya. Aku tak tahu aku nak gelak ke, nak marah ke. Kesimpulannya memang aku tak boleh nak jadi cikgu. Baru sejam aku jaga kelas (bukan mengajar), dah huru hara jadinya....

Nurul, please... pah ni aku tak mboh doh gati mung....aku serik doh!!!!!

No comments: