Monday, July 13, 2009

New update

Macam dah lama sangat aku tak update rumah aku ni. Anyway, sebagai permulaan aku just nak story pasal pengalaman aku di tempat baru ni. Tempat ni dah ala2 penghujung Pekan, Pahang. Lagi 20 minit (+/-), sampai ke Rompin. Kalau dari Kuantan lebih kurang satu setengah jam. Untuk nak dapatkan barang-barang keperluan kena pergi ke Rompin. Dekat-dekat sini, tak ada apa sangat. Well, bunyinya macam tak menarik langsung kan? Terasa susah sangat kalau dalam kecemasan. Mujur line telefon celcom okey. Rutin aku sekarang ni, kerja sampai pukul 4.00 petang. Balik rumah, then esok pergi kerja lagi. Jumaat, selepas kerja, aku terus balik ke Kuantan. Semua cikgu-cikgu dari luar pun tak pernah stay kat sini during weekend. Aku terpaksa hadkan masa untuk balik ke kampung...huhu. Mungkin sebulan sekali atau 2 kali sebulan. Nak jimat beb...kesian mak aku...

p/s: ada sesapa nak bercuti ke Summerset Resort, Rompin bagitau la, dekat aje...hehe

No comments: