Sunday, July 19, 2009

Mudahnya merompak duit

Sedar atau tidak, kemajuan IT bukan hanya sekadar membawa kemudahan maklumat tetapi menjadi kaedah terbaru bagi penyangak maya merompak duit orang. Hanya satu panggilan telefon, sepucuk e-mel atau SMS sudah cukup untuk mengosongkan akaun seseorang.

Contoh, penipuan pelanggan-pelanggan bank menerusi e-mel, penyangak akan membuat 'pertaruhan' dengan menghantar jutaan e-mel kepada bakal mangsanya.

Bayangkan, penyangak hanya memerlukan seorang mangsa yang memberi maklumbalas dan itu sudah bermakna tipu helahnya berjaya. Satu lagi, ramai antara generasi IT hari ini, masih memandang remeh lampiran fail-fail dalam e-mel.

Setiap kali, kita klik pada satu lampiran fail, tidak mustahil ia mengandungi malware yang akan memantau aktiviti perkomputeran dari tempat lain.

Pola taipan kekunci akan direkodkan dan membantu penyangak mengenal pasti minat pengguna. Misalnya, pengguna yang kerap menggunakan space bar bererti dia seorang penggemar mainan video. Dengan hanya berpandu pada 'pembayang' ini, penyangak akan mengirim e-mel bertemakan mainan video kepada mangsa.

Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi menjadi sasaran penggodam. Oleh itu, dinasihatkan pengguna komputer supaya tidak memuat naik terlalu banyak gambar atau maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial. Platform-platform ini digelar sebagai Syurga Informasi Peribadi secara percuma, penggodam 'suka memancing di kolam yang banyak ikan'.

Src : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

p/s : Pesanan ini aku tujukan kat semua dan juga untuk diri aku sendiri. Especially perenggan yang last tu.


No comments: