Sunday, November 23, 2008

Komunis

Jumaat malam baru ni, aku jumpa kawan aku nan sorang ni. Dia gelarkan diri dia komunis yang kononnya tak ada hati dan perasaan. Yang kata perempuan menyusahkan hidup. Aku tahu dia berkawan dengan seorang perempuan. Selalu dia cerita pasal perempuan ni kat aku. Bila aku cakap dia suka kat perempuan ni, dia tak ngaku. Hek eleh....

Tup2, baru2 ni dia called aku cakap, perempuan tu akan ditunangkan dengan orang lain atas pilihan keluarga. Yang aku nak tergelaknya (memang aku gelakkan dia), dia menangis..wakaka...tak ngaku suka, tapi frust. Bila aku kata dia frust, dia kata tak. Dia tak boleh terima kenyataan bahawa perempuan tu reject dia sebab selama 4 tahun dia berkawan, bila dia tanya, perempuan tu kata tak ready lagi. Sekarang dia keep asking perempuan tu..'WHY'...tak ready tapi tiba2 nak bertunang.

Dia kata dia nak buat novel. Tajuk dia, aku suggest 'Komunis Yang Terlampau'...hehehe. Agak2 apa ye tajuk yang sesuai...

No comments: