Ahad 9 November 2008, sepupu aku kahwin di Gombak. Jumaat jam 4pm aku bertolak ke S.Alam dengan adik, ke rumah kakak aku di Seksyen 24. Banyak aktiviti dah beratur dalam kepala otak aku ni. Sampai Sek. 24 jam 8.30pm. Berehat sekejap, kemudian aku keluar semula, jumpa Su kawan aku yang tinggal di Bukit Raja Klang. Kawan aku ni kerja part time kat Jusco Bukit Raja. Habis kerja dah pukul 11pm. So, aku dan dia pergi 'mengeteh' kat mamak yang not really mamak. Tapi tempat ni happening. Siapa yang biasa kawasan Klang & Berkeley, mesti tahu tempat ni. Tempat favourite aku...hehe. Sembang punya sembang tak sedar dah pukul 2am. Bermula dengan cerita2 kelakar, kemudian cerita bertukar serius, akhirnya dalam tak sedar, air mataku mengalir bila cerita serius bertukar sedih. Tak puas sembanglah Su...
Keesokannya, Sabtu awal pagi aku keluar untuk ke pejabat FP. Jam 9.30am tiba di pejabat FP untuk berjumpa dengan uncle. Jam 10 lebih, datang pula Bikash & Hafirda. Rindunya kat you all...tapi tak dapat berbual lama sebab kena fetch up parent kat Tol Gombak. Sempat juga bertemu Kak Fiza (Sofieza). Nice to meet you akak.
Kemudian, aku dah janji nak jumpa best friend aku, Chik kat Kg Baru. Sembang2 kejap sambil minum, kita orang decide untuk berjumpa seorang lagi best friend kami, Syira. Syira ni dah ada anak 2, so kalau kita orang tak pergi rumah dia, maka tak berjumpalah kita orang bertiga. So, aku dan Chik pergilah ke rumah baru dia di Alam Budiman. Dulu jumpa Syira masa anak nombor 2 dia umur 2-3 bulan. Tup2, anak dia yang dulunya baby tu, dah umur setahun setengah. Lamanya kita orang tak jumpa. Anyway, thanks Syira for the lunch. Walaupun tak de satu lauk pun yang ko masak...hehe. And Chik, sorry sebab kacau plan study ko. Tak pe, study last minute make perfect, ala macam dulu2...hehe. Tapi deep down, aku tau, korang tak kisah spend masa untuk aku, kan? Hehe
Malam, aku, akak, adik2, adik ipar dan anak buah, ke Uptown Danau Kota. Jam 2am baru balik. Penat gila aku. Seharian aku on the road. Malam tu, tidur dengan lenanya, zzzzzzzzz..........
Ahad, pagi2 keluar selepas sarapan. Mak pesan, jam 11am balik rumah sebab nak ke kenduri pulak. Konon nak bawak anak2 buah jalan2 kat Akuarium dan WetWorld Shah Alam. Tapi tak kesampaian sebab tempat2 tu buka jam 11am. Aku kemudiannya bawa dia orang ke Muzium Shah Alam. Dengan wajah boring, dia orang ikut juga. Maklumlah, muzium ni kan tempat melawat rasmi zaman sekolah aje & bila ada pameran hantu...hehe
Sebelum masuk muzium, aku sempat melawat kawan aku, Nani, yang bekerja di library Shah Alam, sebelah muzium aje. Tebus janji aku yang tertunggak untuk berjumpa dengannya. Sori Nani, tak dapat sembang lama dengan ko. Ni lah anak2 buah aku...Zati, Afiq, Fiqah
Lepas tu, aku bawa pula bebudak ni ke Bukit Cerakah. Setakat naik bas seround aje lah sebab masa tu dah dekat jam 11am. Mampus kena bebel dengan mak aku kalau lambat. Kata Afiq, takat dok dalam bas je, baik tak payah datang. Marah lah tu konon, tunjuk protes sebab tak dapat turun jalan2.
Dekat jam 12 baru balik ke rumah. Bersiap untuk ke kenduri sepupu aku di Gombak. Sampai sana, terus makan. Lapar siot. Hujan lebat sangat. Kejap tu, pengantin pun tiba. Sempat ler aku ambil gambar pengantin.
Jam 2 lebih bertolak balik ke Kuantan. Penatnya, sampai tak sedar tertidur dalam kereta. Kesian adik aku drive sorang2. Sori dik...hehe. But i know you don't mind. Sampai rumah jam 6 lebih, tertidur. Sedar2 azan Maghrib berkumandang....rasa nak cuti aje hari ni. Nak qada tidur...tapi tak boleh la. Hmmm...ngantuknyaaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment