Khamis 20 November 2008, seawal jam 8am aku bertolak dari Shah Alam ke Jln Tun Razak. Aku lalu Lebuhraya Mahameru dari Bangsar. Aku drive slow je sebab banyak masa lagi. Masuk aje Mahameru tu, satu Saga BLM hitam overtake & masuk depan aku. Aku perhatikan nombor pendaftarannya. WLS xxx...spontan dadaku berdegup kencang. Macam suspen aje..hehe
Kereta yang sangat2 aku ingat & pemandunya pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dulu.
Untuk memastikan benarkah dia pemandunya, aku overtake balik & bersaing dengannya. Sah...betullah dia. Tapi dia tak nampak aku. Mujur juga aku tak bawak keta comel aku masa tu. Aku bersaing dengannya sehinggalah dia memasuki simpang ke Sentul dan aku ke Jalan Tun Razak.
Kata seorang teman, apa perlunya aku bersaing dengan dia? Untuk nak tengok dia? Atau nak suruh dia nampak aku? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku dengan dia dah lama lose contact. So, bila ternampak secara kebetulan begini, macam terkejutlah jugak. Temanku bertanya lagi. So? Memori dulu2 datang baliklah? Tak juga. Aku pun dah tak nak ingat cerita lama tu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment