Thursday, December 25, 2008

Minyak masak become engine oil??

Petikan dari : http://test.chedet.com/che_det/2008/12/merry-christmas-and-happy-new.html#comments

Salam Tun,semoga tun sihat selalu.

1. Tun sy ni dah hampir setahun menggunakan minyak sawit sebagai minyak enjin kereta saya.Jadi kat sini sy nak share kepada semua orang termasuk tun. Kalo boleh tun ketengahkan la mengenai perkembangan ni kepada Proton ke, Produa ke , naza ke...

2. Saya mencampurkan 80% minyak sawit kedalam minyak injin manakala 20% lagi adalah minyak enjin biasa. Hasilnya seperti kita gunakan minyak enjin fully sentitik memang menakjupkan.Ketiga tiga kereta lama saya , Proton saga 1.5 auto, Fordleser 1.8auto dan peugeot 405 1.9auto juga guna minyak sawit. Motosikal kris 100 saya juga menggunakannya. Tapi harus diingat mesti gunakan minyak sawit asli bukan minyak jagung ke,minyak soya atau lain lain..

3. Menariknya bila kita guna minyak sawit ni enjin kereta saya menjadi lebih senyap dan halus, temperature juga tak mau naik tetapi dia maintain pada 70 degree je. Keupayaanya pula setakat ni saya dah cuba speed sehingga 150 ke 170/kmj malah keadaan enjin masih stabil dan halus.

4. Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.

5. Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam atau (engine oil) kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.

6. Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, saya rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.

Tun pun boleh cuba kat kereta Merce tun tu. Kalo tun pakai minyak sawit tu saya percaya ramai orang akan buka mata ..

Wasalam
------------------------------------------------
Sebagai anak seorang peneroka felda, aku setuju sangat dengan cadangan ipent ni. Dah lama dengar mende ni tapi result tak ada pun. Sekurang-kurangnya boleh juga tolong peneroka2. Bila harga minyak naik, masa tulah macam2 usaha/kajian yang kita dengar. Lepas tu senyap. Bila lagi nak komersilkan hasil keluaran kelapa sawit? Aku emotional sikit sebab ada sentimental value dengan kelapa sawit ni...hmmm

1 comment:

Anonymous said...

memang menarik, tetapi syarikat pengeluar minyak engin mesti akan mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan sekiranya pengunaan minyak sawit e\sebagai minyak engine diluluskan dan digunapakai oleh semua pengeluar kereta terutamanya kereta nasional. disebabkan permintaan yang akan meningkat, terutamanya dimusim perayaan, tidak mustahil, minyak sawit untuk engine kereta juga akan mengalami masalah sama, kenaikan harga mendadak disebabkan permintaan terlalu tinggi. dan suri2 rumah lepas ni pasti garu kepala sebab pengeluar minyak sawit dah berubah hala ke arah automotive. Secara langsung, pengeluaran minyak sawit untuk masak turun, permintaan tinggi, dan akhirnya ketidakstabilan harga ditawar pasaran sanggat teruk.