Pernah tak anda tinggal serumah dengan orang yang tak tahu / buat-buat tak tahu / tak reti menjaga kebersihan? Bukan pembersih yang gila-gila bersih tapi cukup setakat memberikan kerjasama pada kerja-kerja asas.
Housemate aku yang baru, tak habis-habis nak naikkan darah aku. Dulu, bilik air. Terbaru, mengenai sampah. Yang aku tak fahamnya, dia orang ni belajar kulinari. Tengah praktikal pulak tu. Praktikal kat Grand Continental. Kira grand jugalah hotel tu kan? Bahagian kitchen. Rasa-rasanya dalam syllabus dia orang, ada tak subject hygiene? Aku tak tahulah ada ke tak, tapi sudah tentulah ada juga sedikit sebanyak tentang hygiene kitchen ya tak? Aku rasalah…
Kelmarin, sebelum tidur, aku dah ikat plastik sampah untuk dibuang. Hajatnya keesokan pagi nak buang. Tong besar tak jauh, depan rumah saja. Tapi sebab dah lewat malam, so, aku biarkan aje dalam bakul sampah di dapur.
Pagi semalam, nak buang sampah tu, aku tengok sampah baru dah berlonggok atas plastik sampah yang aku dah ikat malam tu. 3 bekas polysterin, plastik2, sisa makanan berterabur sekeliling bakul sampah. Aku terus hangin. Nak kemas dah tak sempat sebab dah nak pergi kerja. So aku biarkan saja with a hope, ada kesedaran dia orang untuk kemaskan sampah-sampah dia orang bila dia orang balik. Dalam hati aku berkobar nak buat brainstorming balik kerja nanti.
Petang aku balik dari kerja, dia orang tak balik lagi. Tapi bila aku fikir-fikir balik, tak mengapalah. Aku kemaskan. Balik nanti, tentu dia orang dah penat. Hangin aku dah surut, so tak adalah rasa nak brainstorming. So, aku kutip sampah-sampah dan masukkan ke dalam beg plastik biru yang baru. Kemudian aku letak di tepi bakul sampah sebab yang sedia terikat pun tak dibuang lagi. Masih terletak di dalam bakul sampah. Sebentar kemudian, mereka bertiga tiba di rumah.
Lepas Isyak, aku kembali ke dapur nak bancuh air. Aku terpandang bakul sampah. Ada yang tak kena. Aku pergi tengok lebih dekat. Plastik yang aku dah ikat kelmarin, tak sepenuhnya berada di dalam bakul sampah. Rupa-rupanya, ada sampah lain diletakkan di bawak plastik tersebut. Aku kembali hangin. ARGH!!!!!!!
Apa susah sangat ke nak letak sampah-sampah tu dalam beg plastik biru? Kalau tak tahu mana nak ambil plastik biru, aku boleh tunjukkan. Kalau kau orang penat, aku pun penat juga. Semua orang bekerja. Aku bukannya tukang cuci kat rumah ni. Sekurang-kurangnya berilah sedikit kerjasama walaupun sedikit. Aku tak mintak lebih pun.
I wonder, kalau kat rumah pun dah macam ni, macam mana agaknya kitchen hotel kalau dia orang dah bekerja sepenuh masa nanti? Hmm...

3 comments:
erm kak,
agaknya itulah nasib duduk menyewa
argh!!!kalaulah kite ni berduit,
nak aje duk sorg2
biar sunyi tp hati senang
betul tak?
Betul tu.. tapi dok sorang2 ni, boleh serabut otak gak... ada apa2 hal, sakit ke, demam ke.. susah jugak... yang penting, bila dah dok serumah, kena la tegur menegur jugak.. kalau malas nak tegur, biar bertimbun sampah tu.. dia pun mana tahan gak, kalau sampah dah bertimbu, berkulat dan berulat ! :-)
haah fida, klu berwang, mmg akak nak dok sorg. senang ati, dosa pun kurang...hehe
masalahnya nik, klu biar bertimbun, klu diorg wat tak tahu gak? sapa susah? sy gak....
Post a Comment