Kadang-kadang susah juga tinggal bersama orang yang suka bersembang kosong. Isu lelaki, isu gosip artis dan bermacam-macam cerita yang aku rasa semuanya tak membina minda. Aku semata jadi pendengar setia. Bukanlah nak kata diri aku bagus. Tidak. Pada aku, zaman itu dah lama berlalu. Dalam kegawatan ekonomi, ramai yang dibuang kerja, elok rasanya kita turut merasai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita kini. Malam tadi berita tv3 ada menyiarkan keluhan seorang bapa. Dia menangis kerana sekolah tabika anaknya ditutup di Penang. Nak hantar ke sekolah lain tak mampu. Isu-isu sebeginilah yang aku maksudkan untuk dibualkan bersama. Tapi, housemate aku nampaknya lebih suka berbual isu remeh temeh. Hmm...
Jadi, apa perlu aku buat?
No comments:
Post a Comment