Thursday, February 5, 2009

Bad Day continues










Hari ni, the bad day continues. Pagi-pagi lagi dah spoil my mood.
“Please call AS Sdn Bhd, ask for Proforma invoice from them.” Bos memberikan arahan.
“Bos, dah 3 helai proforma invoice dia saya bagi kat bos.”
“Ya ke?”

Aku keluar dari bilik dia, dan print proforma yang telah diberikan oleh company tersebut yang terdahulu.
“Nah.” Aku hulurkan betul-betul depan mata bos.
“Nombor akaun dia mana? Nak bayar macam mana tak ada nombor akaun?” Kenapa bos macam sengaja nak cari pasal dengan aku?

Aku harapkan hari ini, stress aku berkurangan, tapi tak nampaknya. Kenapa tanya nombor akaun kat aku? Padahal cik akaun ada depan mata dia masa tu. Kenapa dia tak tanya cik akaun aje. Rekod pembayaran lama ada dalam file. Arghhh……

Secara tak sengaja aku terlepas pintu dengan kuat. Seketika kemudian aku menghulurkan nombor akaun. Tak lama kemudian, cik akaun keluar. “Akak, bos cakap akak keje tak ikhlas, lebih baik tak payah kerja masa akak tutup pintu kuat tadi.”

Tersentak aku dengan kata-kata itu. Kecik hati sangat-sangat. Aku mula bekerja dengannya sejak hari pertama. Pada masa susah dulu, akulah satu-satunya staf yang bertahan. Membantunya membangunkan kembali syarikat. Semua kerja aku buat. Sampaikan ambil anak dia balik dari sekolah pun, kadang-kadang aku yang buat. Carikan limau purut masa dia nak berubat. Hantarkan kunci ketika dia terkunci di dalam pejabat. Wakilkan dia ke seminar, mesyuarat dan kursus walaupun terpaksa naik bas. Akulah driver kepada Mr.x, akulah juga driver kepada cik akaun. Despatch pun ya jugak. Semua tu terlayar kembali di ruangan mata. Alangkah sedihnya rasa hati bila dia berkata begitu kepadaku.

Aku segera mengisi borang permohonan cuti. Nak ikut member aku balik ke Terengganu. Kemudian balik ke kampung aku. Aku langsung tak ada mood untuk bekerja. nak bercakap pun malas. Dah 3 malam berturut-turut aku menangis. Aku nak berehat. I'm exhausted. I'm being tortured mentally.

2 comments:

Hafirda Afiela said...

salam,
sabaq kak oii!!!
agaknye dia de mslh kut
tpi...mcm x patut aje die ckp akak mcm 2
jom kite gie tembak die same2 hahaha...

Eny said...

mmg rasa nak tembak je fida oiii...huhu